"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" peribahasa yang sering kita dengar dan menjadi pesan mulut ke mulut, generasi ke generasi akan kebaikan serta manfaat yang diperolehi dari amalan ini. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" Setiap ibu bapa juga pasti berusaha memupuk sikap berjimat cermat dan menabung kepada anak-anak agar menjadikan amalan tersebut sebagai penentu masa hadapan bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".





Menyokong budaya menabung yang harus dipupuk dari usia kecil, Pusat Pungutan Zakat telah mengadakan Kempen Tabung Didik yang telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif PZZ-MAIWP bersempena Kempen Jadi Kaya yang telah bermula sehingga 31 Disember 2018 ini.





Tujuan Kempen Tabung Didik

1. Mendekatkan anak-anak dengan ibadah zakat iaitu Rukun Islam ke 5. 

2. Pendekatan ini adalah bertujuan menggambarkan anak-anak kepada pendidikan dalam segi syariah. Selain itu iainya melatih anak-anak membina kekayaan yang diberkati oleh Allah S.W.T. 

3. Memangkin semangat serta memberi motivasi kepada anak-anak tentang berzakat dan kebaikannya.

4. Memberi pengertian bersyukur dalam kehidupan supaya anak-anak mengetahui bahwa zakat yang dikeluarkan adalah untuk membantu golongan asnaf.


Bagaimana Kempen Tabung Didik Dilaksanakan?

1. Tiap-tiap anak yang berusia 18 tahun ke bawah boleh membuka akaun zakat.

2. Pembukaan Tabung Didik hanyalah serendah RM10 dimana-mana cawangan PPZ-MAIWP .

3. Setiap pembukaan akaun zakat dengan RM10 akan mendapat Tabung Didik yang direka khas sepanjang kempen ini berlangsung.

Cawangan PPZ-MAIWP

1. Shamelin
2. Kg Baru
3. Masjid Negara
4. Wangsa Maju
5. Putrajaya Presint 9
6. Putrajaya Presint Diplomatik
7. Taman Tun Dr Ismail
8. Jalan Puchong
9. Kepong
10. UTC Pudu Sentral
11. Labuan

8 Golongan Asnaf

1. Fakir (al-Fuqara) 
2. Miskin (al-Masakin) 
3. Amil 
4. Muallaf 
5. Riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan) 
6. Gharimin (penghutang muslim) 
7. Fisabilillah (orang yang berjuang kerana Allah) 
8. Ibnus Sabil (musafir) 


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 
1-300-88-57