First Time Naik Bas 2 Tingkat Rapid KL. Sungguh Tak Ku Sangka



Mungkin ada yg jelek bila baca tajuk entry chantek kali ni. Tapi macam tu la ceritanya kali ni. Ye chantek bukannya tak pernah naik bas 2 tingkat, tapi untuk bas tambang henti-henti, ini adalah kali pertama.


Baru-baru ini balik daripada sebuah event blogger di KLCC, chantek menaiki bas 2 tingkat untuk balik ke Ampang. Sememangnya menjadi rutin chantek pergi dan balik dari event bersama kak rohani. Kak Rohani juga seorang blogger hebat (cheqsempoi.blogspot.com) yang chantek kenal lebih awal daripada blogger yang lain. Dia jugalah yang banyak memberi tunjuk ajar dalam penulisan blogger ni. Selalunya memang pergi dan balik event chantek akan tumpang Kak Rohani, cuma kadang-kadang chantek akan pergi dan balik sendiri.
Chantek bersama cheqsempoi
Kali ini pun chantek tak keseorangan, chantek ditemani blogger hebat yang comel all the ways, she's Sally Samsaiman. Kalau yang suka k-pop, semua perkara tentang korea, korang kena baca blog Sally Samsaiman ni. Dan kalau korang nak pergi korea pun dia bleh jadi tour guide untuk u alls tau.
Chantek bersama Sally Samsaiman
So, balik dari event tu dalam jam 6 petang, cuaca pulak masa tu macam hendak hujan, jadi faham-faham lah kan kalau naik public transport waktu-waktu puncak macam ni. Penuh sesak, berhimpit la jawabnya. Nak naik trai LRT memang boleh bayangkan kesadinan dia tu😂😂, fikir-fikir kalau ambil cab/taxi mau terbontang mata nak membayar nye nnti, dalam masa yang sama,Sally try tengok dekat apps Grab, hmm berpuluh-puluh ringgit biasa la pick hour kan. So kita orang decide naik bas henti-henti Rapid KL. Kalau dulu-dulu orang panggil bas ting-ting. Chantek biasa juga gunakan khidmat bas henti-henti ni, cuma kali ni chantek naik bas yang 2 tingkat.

Carian di Google
Selesa, itu yang mula-mula chantek boleh katakan. Bas berhawa dingin, tempat duduk pun taklah sempit. Lagipun penumpang memang tidak dibenarkn berdiri di bahagian atas, kalau di bahagian bawah takda masalah untuk berdiri. Jadi takdalah rasa berasak-asak kat bahagian atas tu. Chantek dan Sally duduk di tempat duduk yang belakang sekali, lagipun memang tempat duduk tu jerk yang kosong. Hujan lebat sangat waktu tu, jadi nk tengok pemandangan sepanjang jalan dari KLCC jadi terhad.


Bas henti-henti Rapid Kl 2 tingkat mula beroperasi secara rasminya pada 17/9/15 bermula bagi laluan U80 iaitu Shah Alam ke Hab Pasar Seni melibatkan lima buah bas. Kapasiti penumpang bagi bas 2 tingkat ni adalah lebih besar daripada bas biasa. Ianya mampu membawa 108 penumpang pada satu masa, ada 30 tempat duduk di tingkat bawah, 53 di tingkat atas dan 25 penumpang boleh berdiri di tingkat bawah.

Ruang tempat duduk tingkat atas
Kalau korang nak tau, bas Rapid KL 2 tingkat ni juga istimewa dan canggih. Bas ni dilengkapi dengan tempat duduk berkonsepkan akses universal dan kemidahan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), selain itu, bas ini dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian tempat duduk atas dan bawah serta skrin paparan maklumat. 

Tempat duduk OKU
Dari segi bayaran tambang bas pulak penumpang boleh membuat bayaran secara tunai kepada pemandu bas, kemudian pemandu bas akan serahkan resit pembayaran setelah bayaran dibuat. Selain itu, penumpang juga boleh gunakan touch n go, touch semasa menaiki dan sekali lagi ketika hendak turun ke destinasi pilihan korang. Tapi korang kena pastikan yang baki di dalam kad touch n go korang tu ada sekurang-kurangnya RM 3. Kalau tak nanti tak boleh akses jadi korang kena bayar secara tunai la.

Cara pembayaran menggunakan kad akses
Kalau nak tahu kadar bayaran dan jadual perjalanan Bas Rapid KL ni boleh klik disini untuk maklumat lanjut. Diharapkam perkongsian kali ini dapat memberi maklumat atau panduan bagi korang yang membaca. Terima kasih semua.

Like & Follow

FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger

FB chantek : idayunim

IG chantek : idayunim

Youtibe chantek : idayunim


















Post a Comment

29 Comments

  1. Bas Rapid ni bagus. Tp di ingatkan pd yg guna tough&go tu. Masa naik tough dia akan potong RM3. Tp bila dah sampai kedestinasi dituju dinasihatkan jgn lupa tough turun nanti dia akan cas RM1 sahaja. RM2 dia pulang semula mengikut km rate dia.

    ReplyDelete
  2. Zira Tak pernah nail bas rapid kl 2 tingkat tp naik bas lain 2 tingkat pernah duduk bawah masa tu rasa macam dduk dekat tayar

    ReplyDelete
  3. Hahahaha...tu laa..gigih lagi nak g event peptang hari...kan dah hujan...kan dah jammed...kan dan kena naik bas..kekeke...papepun, best sebenarnya naik bas...byk ragam manusia boleh tgk :D

    ReplyDelete
  4. Lama x naik bas..bagus juga ada kemudahan byr tru touch n go..

    ReplyDelete
  5. Kita suka guna bus rapidkl..dulu study kt area sne sllu gk guna.. Sng nk ke mana2...

    ReplyDelete
  6. First time jugak ni tahu ada rapid kl dua tingkat. Duk atas mcm best je ni nk snap pemandangan.. Hihi..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah rasa naik bas dua tingkat. Sejak ada lesen kereta lama dah tak naik bas

    ReplyDelete
  8. Jarang sangat nak baik bas. Takde keberanian. Hehe.. Tak tahu la kenapa. Tapi nampak macam best je naik bas 2 tingkat ni.

    ReplyDelete
  9. RapidKL ada 2 tingkat? Seingat saya tak pernah nampak lagi bas rapid kl 2 tingkat ni. Ke saya je yang tak perasan. Sebelum ni pernah naik bas ekspress 2 tingkat. malam. duduk depan sekali dengan kawan-kawan universiti. pengalaman dia, macam main game. scary habis hahaha

    ReplyDelete
  10. Naik bas masa zaman sekolah dan u dulu je. Pastu tak pernah naik bas dah. Bas 2 tingkat pun tak pernah naik lagi. Mesti best kan?....

    ReplyDelete
  11. Tak pernah merasa naik RapidKL. kalau berpeluang naik confirm agak terkial2 sebab tak berapa familiar kan

    ReplyDelete
  12. airah pun dah lama tak naik bas rasa nya last naik bas masa sekolah kot hahaha teringin nak naik bas lagi

    ReplyDelete
  13. dlu2 penah la naik bas rapidkl tp sejak ada transport sdiri mmg tk naik dh la...yg 2 tingkat apa ntah lg kn...tq share pengalaman and info bila naik bas 2 tingkat rapidkl

    ReplyDelete
  14. tak pernah naik bas rapid sejak duk kl 2013 hahaha.sebab takut dengan bangla yang ramai dalam bas.sejenis fobia yang pelik hehehe

    ReplyDelete
  15. Lamanya tak naik bas chantek. Last masa pregnant itupun sebab teringin nak naik bas. Sebab masa kerja dulu kerja dengan company bas. Jadi hari2 la naik bas. Naik bas henti-henti dua tingkat ni tak pernah lagi. Bas ekspress pernah masa balik dari universiti dulu. Turun je bas tu melelong je. Pening haha. Tobat tak mau naik bas dua tingkat ni haha

    ReplyDelete
  16. Saya dah pernah tengok jer bas 2 tingkat. Tapi belum pernah naik. Macam bestlah la pulak naik bas 2 tingkat ni 😂

    ReplyDelete
  17. hahaha comel..rasanay kita pernha naik bas ni sekali tapi duk atas agak gayat sikit tapi dapat tgk view lebih cantek...sokalau melancong better duk atas :-)

    ReplyDelete
  18. Tak ajak!!! Bestnya naik bas dua tingkat. Feeling2 mcm kat London. Dulu susah nk nampak bas dua tingkat kt malaysia nie. Skrg dah banyak

    ReplyDelete
  19. Kita Lama tak naik bas rapid. Kat Penang biasalah selalu drive je ke sana sini. Naik bas pesiaran 2 tingkat selalu lah bas rapid x pernah lagi

    ReplyDelete
  20. Kita pun lama dah tak naik bas dulu masa praktikal dari uni jer kita pergi tempat kerja naik bas hehehehe memang best lah pengalaman sangat tapi tak pernah naik bas 2 tingkat...

    ReplyDelete
  21. Wow I tak pernah Nampak bus dua tingkat, rasa Nak try sekali, harga sama tak?

    ReplyDelete
  22. Wow so cool! I duduk Malaysia pun tak pernah duduk double decker yet hehe

    ReplyDelete
  23. I have not taken a bus for long time too. thanks for the tips. it sounds not bad to take a bus ride in town

    ReplyDelete
  24. Bas 2 tingkat ni memang nampak menarik, lagi lagi pengalaman kali pertama naik. mesti ingat sampai bila bila.

    ReplyDelete
  25. Baru tau yang bas rapid kl ada juga yag dua tingkat, bagus sebab dapat kurangkan jam kan. daripada tambah bilangan bas, tambah tingkat saja.

    ReplyDelete
  26. Comelnya. Rawlins dah lama tak naik kenderaan awam. Lagi2 bestnya pengalaman naik bas dua tingkat ini - ala-ala kat London gitu.

    ReplyDelete
  27. Ok la tu, dah ada pengalaman naik bas RAPID 2 tingkat..kami tak pernah lagi..bas express PErdana pernah la naik yg 2 tingkat tu..hehe

    ReplyDelete
  28. Thanks and I have a nifty present: How Much Do House Repairs Cost old home renovation

    ReplyDelete