4 Petua Asam Keping Untuk Kesihatan dan Masakan


Pertama kali melihat asam keping di proses, teruja jugak. Senang jerk rupanya cuma kena pastikan cuaca baik baru bleh proses asam keping ni. So baru2 ni time cuti Raya Haji, chantek and family balik kampung, umah my MIL. Chantek memang tahu yang mak mertua chantek ni proses sendiri asam keping. Pada asalnya dia buat untuk kegunaan sendiri jerk, tapi jika ada yg nak beli, baru lah dia jual. Tadi chantek ada bagi tahu nak buat asam keping ni, kena cuaca baik sebab proses nak jadikan asam keping ni cuma jemur di bawah matahari, jadi kalau cuaca hujan, x sesuai la sebab asam keping tu x susah kering.


Biji buah asam gelugur
Sebenarnya asam keping ni daripada apa? Haaa rasanya ramai yg tau tapi mungkin ada jugak yg tak tau, asam keping ni asalmya dari buah gelugur, itu sebabnya ada yg panggil asam keping sebagai asam gelugur. Tapi lebih tepat lagi adalah asam keping, sebab buah gelugur tu dah dijadikan kepingan-kepingan asam.



Proses Asam Keping.
Macam yang chantek bagi tahu tadi, asam keping ni adalah dari kepingan buah asam gelugur. Buah asam gelugur yang masak biasanya akan gugur jatuh ke tanah, jadi mak mertua akan pergi kutip kemudian basuh. Buah asam gelugur tu akan dihiris lebih kurang setengah inci tebalnya. 
Buah asam gelugur yang telah siap dihiris
Setelah dihiris, kepingan-kepingan tu mak mertua chantek susun di atas para untuk dijemur. Boleh juga disusun di atas dulang/talam atau tudung periuk, kemudian jemur di bawah matahari. Asam keping tu dijemur dalam beberapa hari sehingga kering dan bertukar warna. Setelah asam keping betul-betul kering, bolehla dikutip dan simpan dalam bekas dan sedia untuk digunakan. Senang sahaja kan.

Asam keping yang telan disusun dan sedia untuk dijemur

Asam keping yang telah kering dijemur
Kegunaan Asam Keping
Dalam dunia masakan, asam keping ini dah sinonim dengan fungsinya sebagai bahan perasa masakan (rasa masam). Tetapi tidak sesuai jika untuk membuat air asam yang dicicah bersama ikan bakar atau sebagainya. Selain itu, asam keping juga boleh dijadikan bahan untuk menghilangkan hanyir ikan sungai atau apa-apa ikan yg berbau hanyir. Cuma rendam ikan bersama asam keping dalam setengah jam hingga 1 jam kemudian bilas sebelum ikan dimasak. Asam keping juga sangat penting dalam masakan laksa utara. Kalau tak ada asam keping, memang tak menjadilah kuah laksa utara. Pentingnya asam keping dalam kuah laksa utara ni sama penting dengan daun kesum. Boleh baca di sini untuk info tentang daum kesum di entry chantek sebelum ini.

Petua Guna Asam Keping 
Bercakap tentang masak memasak ni kan, chantek nak kongsikan 1 petua mujarab yg memang korang mesti guna mungkin hampir setiap hari atau setiap kali nak memasak. Korang pernah tak tertekan bila korang goreng ikan/ayam melekat dalam kuali?? Haaa ramai sebenarnya surirumah yg kadang-kadang runsing macamne nak pastikan ikan/ayam yg digoreng tidak melekat. Bila terbayangkan ayam goreng kunyit atau ikan temenung (kembong) goreng, aduhh sedapnya makan panas-panas kan. Tapi bila teringat kuali yg melekat tu, arghh tension kan. Haa meh chantek nak kongsi tip berguna, tip mujarab, tip ajaib yg mesti menjadi punya. 

1. Setiap kali nak menggoreng ikan/ayam, campak jerk sekeping asam keping dalam minyak yg untuk menggoreng tu. Tak kisah la masa nak panaskan minyak ke, masa ikan/ayam tu dah terjun dalam kuali ke boleh jerk, janji masuk kan sekeping, gerenti tak kan melekat. Chantek dah amalkan lama dah tips ni. 

2. Selain tu juga kalau tak nak minyak meletup-letup semasa menggoreng ikan, nak-nak ikan keli kan?? Campakkan 2 ke 3 keping asam keping, Insyaallah x meletup dah selepas tu.

3. Dalam dunia perubatan pula, ada yg mempercayai bahawa asam keping sangat bagus untuk penurunan badan. 

4. Malah ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik. 
Tahukah anda😱😱 buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung
Kandungan/Khasiat Asam Keping
Buah asam gelugur juga sebenarnya mengandungi pelbagai vitamin,mineral seperti:

●hydroxyl citric acid(HCA),
●serat
●hidroksi sitrik
●flavonoid
●asid askorbat(cantikan kulit)
●asid tartarat 

Jadi tidak hairanlah jika kini ramai orang mengamalkan asam keping untuk kegunaan harian, kecantikan dan kesihatan. So, diharapkan petua dan perkongsian chantek kali ini, boleh memberi manfaat dan info kepada korang. Terima kasih kerana sudi membaca😍😘💓🌻🌼
Like & Follow

FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger

FB chantek : idayunim

IG chantek : idayunim

Youtibe chantek : idayunim









Post a Comment

21 Comments

  1. Oh cmni ke cre buat asam keping.. Hehe..bru first time tau... Tapi kan asam keping ni sedap kan... Rupanya byk manfaat dia

    ReplyDelete
  2. Asam keping mmg sedap..kdg2 masak asam pedas ka, mkn skit asam keping tu.. Hehe

    ReplyDelete
  3. Bila tengok asam keping ni mesti teringat kat arwah atok n opah TB yang dulu meniaga pasar malam.. arwah akan potong dan keringkan asam keping ni untuk dijual .. gigihnya mereka cari duit

    ReplyDelete
  4. Macam tu rupanya buah asam tu ye. Dulu pernah tengok yang dh dipotong potong. Mil buat. Ingatkan buah peach. Hahha.. Rupanya nak keringkan jadi asam keping..

    ReplyDelete
  5. Asam keping atau asam gelugor memang banyak kebaikan untuk kesihatan. Dah di jadikan resepi masakan sekian lama untuk menyedapkan makanan

    ReplyDelete
  6. Arwah nenek dulu memang buat asam keping ni. Banyak pokok die dekat kampung. Sekarang sebab dah tak ada orang dekat kampung, jarang-jarang balik. Atok sedara pulak take over buat asam keping.

    ReplyDelete
  7. memang betul petua2 asam keping ni. nenek saya pun sama suka pakai asam keping untuk redekan demam. asal demam ke batuk selsema ke, pada nenek ubatnya asam keping je.

    ReplyDelete
  8. wow this asam looks so yummy to eat. I like to eat asam keping and never get boring eating it. Always find asam keping if go hypermarkets to shop.

    ReplyDelete
  9. Banyak khasiat asam keping rupanya yer. Thanks for the tips. Paling menyampah kalau goreng ikan/ayam dia jadi melekat dalam kuali. Selalu saya tabur garam dalam minyak. Boleh lah try letak asam keping lepas ni.

    ReplyDelete
  10. Makan asam keping pun boleh jadi kurus kan kalau kena dengan caranya. nak kurus sihat, jangan sebab sakit baru kurus

    ReplyDelete
  11. ni kali kedua aida baca info pasal pembuatan asam keping tau.
    a very good info :)
    tak pernah la buat sendiri atau jumpa buah gelugur tu, chantek.
    asam keping ni wajib ada kat umah aida.
    buat masak lemak terutama nyer tau.

    ReplyDelete
  12. Kita pernah sekali makan buah asam keping yang masak menguning macam tu memang masam nak mampos hehehe taubat tak makan dah. Bila kering jadi sekeping sangat asam ni banyak kegunaannya kan..

    ReplyDelete
  13. Tq share tips memasak dengan asam keping tu. Leh pratikkan lepas ni.

    ReplyDelete
  14. Dah tua-tua ni, ni lah prtaman kali sis tengok cara pembuatan asam keping. Yup asam keping memang banyak khasiat selain sedapkan makanan, cuma sis memang asam keping ni utk kegunaan masak je lee..:D

    ReplyDelete
  15. Bestnya dpt buat asam keping sendiri.. actually cr dia mudah cuma bila jemur tu ambik masa sbb nak betul-betul kering kan? Nampak beraih je asam keping tu

    ReplyDelete
  16. Wahhh bestnya buat sendiri asam keping nie. Mesti lagi umpphhh rasa dia. First time sy tahu bentuk buah asam gelugur nie. Selama nie tahu guna je

    ReplyDelete
  17. Asam gelugur ni orang dulu tanam tepi rumah je, senang nak petik sebab pokonya pun rendang dan buahnya lebat

    ReplyDelete
  18. Masa ikut fam trip dulu pernah try buah asam gelugor tu direct. Fuhh masyam tak terkata. Memang asam keping tu ada beberapa khasiat nya tapi tak ramai yang suka minum air nya. Mungkin kurang pengetahuan

    ReplyDelete
  19. Orang kata banyak khasiat buah asam ni. Selain jadi ramuan penting dlm masakan, boleh dijadikan ubat juga

    ReplyDelete
  20. ok/... ni firt time tengok buah asam sebelum dikeringkan.. seronok gak bac and tgk post ni..

    ReplyDelete
  21. First time AM tengok buah gelugor utk buat asam keping ini.. mmg perkongsian yg sangat berguna.. AM suka yg tips xnak kuali melekat & cara masak ikan keli supaya xmeletop percikan minyaknya!! Memang terbaik!!

    ReplyDelete