Baru-baru ini negara kita Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61 dengan tema Sayangi Malaysiaku . Sambutan hari bersejarah itu telah disambut pada 31 Ogos setiap tahun bersamaan tarikh Kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957. Sepanjang tempoh tersebut rakyat Malaysia boleh melihat perubahan demi perubahan, kemajuan demi kemajuan telah dicapai oleh Malaysia yang kini telah membawa nama Malaysia terkenal di mata dunia.

Kini kita dapat lihat bangunan mencakar langit, infrastruktur yang moden tapi pernah tak korang terfikir bangunan yang tertinggi itu bangunan yang keberapa di Malaysia? Bangunan tercanggih dengan infrastruktur yang moden itu adalah yang keberapa di Malaysia? Pepatahh berkata Tiada yang lama maka tiada yang baru. Pentingnya untuk kita mengenal sejarah adalah supaya kita tau bagaimana bermulanya kewujudan Malaysia. Jadi kali ini chantek nak kongsikan beberapa info yang chantek temui daripada bacaan-bacaan chantek tentang Sejarah Malaysia.


PASUKAN BOMBA PERTAMA

Pasukan Bomba (sukarela) pertama di Malaya ditubuhkan pada tahun 1883. Persatuan tersebut dianggotai seramai 15 orang yang diketuai oleh H.T Bentley. Pasukan ini juga dilengkapi dengan pam angkut kuasa wap yang ditarik oleh kuda


HOSPITAL PERTAMA

Hospital yang dibina di Taiping, Perak sebagai Hospital Yong Wah merupakan hospital pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun1880. Ianya berlokasi di Jalan Taming Sari. Kewujudan hospital ini adalah untuk merawat kuli Cina dan pelombong tin yang diserang sakit seperti cirit-birit, taun, malaria, beri-beri, disentri dan penyakit paru-paru.Kini hospital ini dikenali sebagai Hospital Taiping.


PENJARA PERTAMA

Ditubuhkan pada tahun 1879, Penjara Pertama merupakan kompleks penjara pertama Malaysia. Penjara Taiping terbina diatas tanah yang berkeluasan 5.159 hektar dengan menggunakan tenaga buruh paksaan iaitu tawanan perang dan banduan dari India dan Afrika.Ianya adalah satu institusi kemanusian yang menghukum, menahan dan memasung pesalah tingkahlaku. 


LANDASAN KERETAPI PERTAMA

Tapak Sekolah Rendah King Edward VII merupakan bekas tapak stesen keretapi pertama Malaysia. Ianya dibina pada tahun 1882  dan dibuka secara rasminya pada tahun 1885 oleh Residen British Perak pertama iaitu Sir Hugh Low. Manakala landasan keretapi adalah dari stesen Port Weld atau kini dipanggil Kuala Sepetang ke Taiping sepanjang 13.6km. Namun sekitar tahun 1890 hingga 1990, stesen ini dipindah dari tempat asalnya ke aliran utama.

Namun begitu, ada pihak yang mengatakan bahawa Landasan pertama telah dibina  pada tahun 1869 di Johor. Landasan sepanjang 32km itu menghubungkan Johor Bahru dan Gunung Pulai. Landasan tersebut diperbuat daripada kayu dan dibina oleh buruh Melayu dan Jawa.
.

MASJID PERTAMA

Dahulunya ramai yang beranggapan bahawa Masjid Kampung Hulu adalah tertua. Sangkaan itu sama sekali tidak benar malah merupakan masjid ke 3 tertua dimana ianya telah dibina pada tahun 1728 di Melaka. Ianya mungkin dek kerana jolokan nama Melaka yang diberi gelaran 'Serambi Makkah'. Ia berikutan dahulunya Melaka menjadi tumpuan tokoh agama dan ulama bertemu serta menyebarkan syiar Islam.

Masjid tertua @  masjid pertama adalah Masjid Kampung Laut yang terletak di Kelantan. Ianya dibina pada abad ke 18 Masihi dan merupakan masjid tertua di Asia Tenggara. Uniknya masjid ini dibina tanpa menggunaka paku.


LAPANGAN TERBANG PERTAMA

Lapangan terbang pertama adalah Lapangan Terbang Sungai Besi yang mula dibina pada tahun 1930. Ianya diperbesarkan pada tahun 1948 pada keluasan 6, 200 kaki panjang. Iainya sesuai digunakan pada semua cuaca. Lapangn terbmg ini juga di ishtiharkan sebagai lapangan antarabngsa pada 1 Ogos 1956.  Lapangan terbang ini menerima pendaratan pertama oleh pesawat British, B.O.A.C pada tahun 30an.


PUSAT BELI BELAH PERTAMA

Dibina seiring pembinaan People's Park Complex di Singapore pada tahun 1973, Ampang Park merupakan pusat beli belah pertama di Malaysia. Ianya terletak di Jalan Ampang berdekatan dengan LRT Ampang dan KLCC. Walaubagaimanapun, bangunan Ampang Park telah dirobohkan bagi pembinaan projek MRT.

Banyak sebenarnya kalau nak dicerita tentang 'Yang Pertama Di Malaysia' ni. Mungkin di lain kali chantek akan kongsikan yang melibatkan individu macam doktor pertama Malaysia or profesor pertama Malaysia..Insyaallah. Semoga bertemu di lain entry. 

Like & Follow

FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger

FB chantek : idayunim

IG chantek : idayunim

Youtube chantek : idayunim