Secara ringkasnya itulah gambaran yang dapat diberikan
kepada BBQ LAMB KL KEMENSAH. Restoran makanan barat yang berkonsepkan alam semulajadi.
Daripada simpang masuk ke Zoo Negara hanya 10 ke 15 minit
sahaja untuk sampai ke BBQ LAMB. Direction ke restoran pun tidak susah, hanya
jalan terus sahaja tidak perlu belok ke kiri atau ke kanan, terus dan akan
nampak bena BBQ LAMB di sebelah kanan jalan. Struktur jalan biasalah jalan
kampung dan akan melalui 2 jambatan biru yang agak sempit, selepas jambatan ke
2 sudah sampai ke BBQ LAMB. Ruang letak kenderaan juga disediakan di sekitar
jalan masuk ke restoran.
Melangkah keluar dari kereta, chantek sangat teruja
dengan keadaan sekeliling restoran. Sangat tenang dan cantik pemandangan di
situ. Tambahan pula bau semerbak dari dalam restoran membuatkan chantek dan
suami terpanggil-terpanggil untuk terus masuk ke restoran. Anak-anak chantek pula
tidak sabar-sabar untuk mandi sebab jelas kedengaran deruan air terjun yang
sangat mendamaikan. Sepanjang jalan masuk ke restoran boleh nampak air sungai
mengalir dan percikan air terjun yang cetek, terdapat juga pondok2 kecil di
tepi sungai sangat sesuai bagi yang sukakan tempat rehat yang mendamaikan. Kami
sekeluarga disambut baik oleh pemilik restoran BBQ LAMB Encik Zainuddin Yatim dan
staf BBQ LAMB.
![]() |
JALAN MASUK KE RESTORAN |
![]() |
AIR TERJUN KECIL |
![]() |
ANTARA PONDOK MAKAN YG DISEDIAKAN |
![]() |
PEMANDANGAN DARI PINTU MASUK KE RESTORAN |
Anak-anak memang tidak sabar2 nak mandi kolam, Restoran
ini menyediakan kolam mandi untuk costumer yang hendak mandi-manda. Kolam
tersebut tidak terlalu besar jadi senang parents untuk monitor anak2 mandi.
Sewaan pelampung juga ada disediakan RM5 untuk setiap pelampung. Sambil encik
somi melayan anak2 mandi, chantek pun ronda2 kat kawasan sekeliling restoran.
KESEJUKAN AIR SEMULAJADI |
![]() |
DAPUR UNIK UNTUK MEMASAK MENU2 BARBECUE DI RESTORAN INI |
![]() |
DAGING2 YANG TELAH DIKELUARKAN DARI RUMAH MASAK
SEBELUM DI GRILL DAN DIHIDANGKAN
|
Ada banyak menu disediakan di sini. Tapi paling chantek
tidak boleh lupa menu Smoke Duke. Ya Allah memang sedap daging sangat lembut
dan manis. Bukan manis gula Tapi manis dari daging itik itu sendiri dan adunan
rempah perapan pada daging itik tu. Kata En Zainuddin, daging itik tersebut
dimasak menggunakan teknik panggangan asap selama 2 minggu. Teknik tersebut
membuatkan struktur daging menjadi sangat lembut dan rasa asli itik itu tidak
hilang. Susah untuk digambarkan tapi memang the best. Bagi yang dating dengan
family atau kawan2, Family set adalah pilihan palin sesuai kerana terdapat 4
jenis menu iaitu daging lembu, kambing, ayam dan itik kemudian dihidangkan
dengan 4 pinggan nasi istimewa.
Menu paling win bagi chantek adalah duck smoke dan chicken smoke. Menutur pemilik restoran bagi menu smoke, ayam@itik dimasak menggunakan teknik mengasap selama 2 minggu. Menjadikan tekstur daging sangat lembut, manis dan berjus. Memang pusa hati.
Pendek kata memang chantek, family dan kawan2 sangat
gembira dan berpuas hati datang ke BBQ LAMB KL KEMENSAH ini. Insyaallah ada
kelapangan bleh bawa family datang ke sini lagi. Apa pun tq so much to pemilik
restoran ni en. Zainuddin yatim dan isteri serta staff restoran kerana menerima
baik kunjungan chantek dan family ke sini. Bagi yang nak merasakan suasan
tenang dan damai, nak lari dari kesibukan kota datanglah ke BBQ LAMB KL
KEMENSAH. Yang luar dari kawasan KL jangan kecewa ok sebab cawangan BBQ LAMB
ada di Batu Feringgi dan Ipoh. BBQ LAMB Batu Feringgi berkonsepkan beach
manakala BBQ LAMB IPOH pula berkonsepkan hipster. Restoran ni dibuka setiap
hari kecuali pada hari Isnin, disyorkan supaya pengunjung membuat tempahan awal
atau boleh juga walik in tapi nasiblah jika ada tempat kosong hihihi.
☎ 012-211 4100
FB: BBQ LAMB IPOH
IG: BBQ Lamb Ipoh
☎: 019-507 7207
8 Comments
Menarik ni..bila plak la turn SA dan kawan2 lain dijemput ke sini..
ReplyDeletePasti puss hati
DeleteThis is very interesting. I would love to be able to visit someday :)
ReplyDeleteYup sure
Deletethis is so much fun and I want to visit during the day.. I was there for an evening...of good food of course...
ReplyDeleteRuby pernah pergi. Tapi waktu malam. Tak sangka bleh buat macam-macam aktiviti tu. Best gila.
ReplyDeleteLooks like a great place, getting close to mother nature while enjoying good food, that's a great choice for a weekend.
ReplyDeleteWow.. Bestnya makan sambil menikmati keindahan alam. Bunyi air yang mendamaikan. Mesti sejuk kan sebab ada air disitu. Makan pun rasa tenang je..
ReplyDelete