"Nak jaga suami kena jaga dulu perut suami" pesan ayah pada chantek diawal perkahwinan. Alhamdulillah kini usia perkahwinan sudah hampir 12 tahun. Hasil perkongsian hidup bersama suami kami dikurniakan 3 orang cahayamata. Pastinya banyak cabaran dan ujian selama melayari bahtera perkawinan ini. Bukan mudah untuk menjadi isteri dan ibu berkerjaya yang dikurniakan 3 orang cahayamata. Berpegang dengan pesan ayah, chantek sentiasa belajar dan belajar supaya dapat memenuhi permintaan suami dan anak Sehingga kini masih belajar memasak dengan mak chantek sendiri, mak mertua dan mr Google.

Mempunyai ahli keluarga yang suka makan adalah bonus bagi chantek. Sebab semasa dimeja makan, kita boleh nampak sebarang perubahan pada ahli keluarga. Selain itu chantek juga menggunakan kesempatan di meja makan untuk berbincang isu-isu yang ringan. Almaklumlah adab ketika makan, tak elok bercakap banyakkan. Dek kerana keterujaan anak-anak chantek tentang makan, chantek pun teruja untuk mencari idea baru atau menu baru dalam masakan. Hmm lagi-lagi kalau hari diorang tak bersekolah, sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam memang wajib. Memang takda skip-skip punya hahaha. So kali ni chantek nak kongsikan menu minum petang atau boleh juga dijadikan sarapan pagi iaitu Tauhu Begedil. Sekarang ni kan tengah popular orang jual tauhu bergedilkan, jadi chantek pun try la buat. Jom tengok bahan-bahan untuk buat tauhu begedil ni.

Bahan-bahan

1. 4 biji tauhu

2. 2 ketul dada ayam. 

3. 1 biji kentang.

4. 1 biji bawang besar

5. 2 biji cili merah

6. 2 sudu besar tepung jagung/tepung gandum

7. 2 helai daun bawang

8. 2 batang daun sup

9. 1/3 Kiub pati ayam (xda pun xpe)

10. Garam secukup rasa (jika perlu)

11. 2 biji telur


Cara-cara
1. Rebus kentang sampai empuk.

2. Potong dada ayam menjadi ketulan yang kecil (seolah-olah macam cincang). 

3. Potong tahu menjadi 4.

4. Potong halus daun bawang dan daun sup.

5. Potong halus cili merah.

6. Potong dadu bawang besar.

7. Kemudian masukkan semua bahan ni ke dalam mangkuk/besen kecil kemudian gaulkan sekali. Boleh juga diramas atau gaul menggunakan sudu. 

8. Gaul sebati sehingga tauhu dan kentang hancur. 

9. Perasakan dengan garam. Sekiranya dah masukkan kiub pati ayam, letak garam sikit jerk sebab kiub pati ayam tu sudah ada rasa masin. Apepun rasa la dulu hihihi. 

10. Panaskan minyak untuk menggoreng.

11. Sebelum menggoreng, kepal-kepalkan adunan tadi kemudian celupkan kedalam telur yang dah dipukul dahulu. Kemudian masukkan ke dalam minyak yang telah panas.


12. Setelah kekuningan, angkat dan toskan.

13. Sedia untuk dihidangkan dan di makan.


Simple jerk resepi ni. Korang-korang yang rajin bawa bekal ke pejabat pun boleh buat resepi ni. Ringkas dan mengenyangkan. Boleh makan dengan sos ataupun sambal kicap. Selamat mencuba ye😍😍

Like & Follow

FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger

FB chantek : idayunim

IG chantek : idayunim


Youtube chantek : idayunim