Samada bersalin secara normal atau pembedahan, ibu yang selepas melahirkan anak tetap perlu berpantang. Kata orang tua-tua, semasa berpantang ini lah nak rehatkan badan yang dah lama kepenatan menggendong zuriat selama 9 bulan dalam kandungan. Malah ada juga yang mengatakan kesihatan masa hadapan ibu bersalin adalah bergantung kepada cara si ibu berpantang semasa kelahiran. Dari situ, kita boleh faham yang berpantang bersalin itu adalah sangat penting.
Berpantang juga ada cara dan gaya tersendiri mengikut asal usul kekeluargaan. Sering kita dengar, si Aminah cara berpantangnya begini manakal si Joyah cara berpantangnya begitu. Bagaimana ianya boleh berbeza? Perbezaan ini disebabkan amalan dari nenek moyang atau ibu kepada seseorang itu. Ada juga yang mengatakan perbezaan negeri kelahiran juga membezakan cara berpantang seseorang itu. Sebenarnya ada juga kebenarannya. Macam pengalaman chantek sendiri, chantek dilahirkan dan dibesarkan di Johor. Jadi semasa berpantang bersalin juga di Johor. Manakala keluarga mertua chantek pula dari Kedah. Chantek tak pernah bersalin dan berpantang di Kedah tapi chantek boleh lihat cara keluarga di sebelah mertua berpantang. Banyak perbezaan terutamanya dari segi cara pemilihan pemakanan seperti, apa yang boleh dan apa yang tak boleh dimakan, contoh kat bawah ni:
Yang ✔️ Dan ✖️ Boleh
Chantek vs MIL
Air kopi
Bihun
Sawi pendek
Ikan masin talang
Daging
Ikan kembung
Limau Sunkist
Ikan bilis
Pernah juga chantek dengar persepsi orang-orang yang lebih berpengalaman, katanya kalau dari anak pertama tak jaga pantang selepas bersalin, nanti anak kedua dan seterusnya dah tak boleh nak ubah cara berpantang. Jadi seharusnya bermula dari anak pertama perlu berpantang sebaiknya. Gambar-gambar kat atas chantek berikan tu adalah sebagai contoh. Sebenarnya cara berpantang adalah berbeza-beza bagi setiap individu.
Korang pula berpantang dengan cara bagaimana?? Apa yang boleh dan apa yang tak boleh?😊
Like & Follow
FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger
FB chantek : idayunim
IG chantek : idayunim
Youtube chantek : idayunim
3 Comments
yes sgt pntg utk tahu
ReplyDeletetq for sharing info bagus2 ni. tambah knowledge
ReplyDeletepasal berpantang ni banyak sgt mazhab hehe. yang penting ikut kesesuaian diri lah kan
ReplyDelete