Macam mana agaknya korang handle situasi bila mana korang dalam satu kumpulan yang ramai dan dalam ruang yang sempit macam bilik meeting ke dalam train ke or dalam lift, tetiba ada rasa yang menusuk kat penghujung punggung haaaaaa nak kentut weiiii...Nak lepas ke tak, kalau lepas, berbaukah?? berbunyikah?? Dilema dibuatnya.. Then tetiba korang terlepas jugak kentut tu walaupun dah tahan, ooopsss malunya!! Hahahaha tipulah kalau korang tak pernah alami situasi macamni kan??
![]() |
Hasil carian Google |
Definasi Kentut
Kentut adalah satu tanda bahawa badan anda telah menurunkan jumlah serat yang sihat dalam badan anda. Selain itu, ia bermakna terdapat bakteria yang sihat dalam usus anda dan bahawa badan anda sedang berfungsi dengan betul.
Kandungan Kentut
Kentut mengandungi gas campuran 59% nitrogen, 21% hidrogen, 9% karbon dioksida, 7% methane dan 4% oksigen yang terjadi atas pelbagai sebab, kejadian reaksi udara dan kimia didalam usus.
Faktor Yang Mempengaruhi Bau Kentut
Bau kentut adalah sejenis bau yang dikeluarkan bersama kentut/gas yang keluar dari badan. Ianya terhasil daripada hidrogen sulfida, yang dipecahkan dari pelbagai makanan yang telah dimasukkan ke dalam badan. Bermakna bau kentut adalah dipengaruhi oleh apa yang kita makan. Tetapi tidak bermakna makan makanan yang berbau kuat seperti durian dan petai akan menghasilkan bau kentut yang berbau kuat.
Bagaimana Kentut Boleh Berbau Busuk???
Seringkali terjadi kentut busuk pada mereka yang mengamalkan diet yang tinggi dengan serat makanan. Contohnya seperti telut, kacang dan brokoli. Selain itu mereka yang suka makan daging merah juga berpotensi mengeluarkan kentut yang berbau busuk. Salah satu zat yang terkandung dalam kentut adalah sulfur, jadi emakin besar kandungan sulfur dalam kentut maka kentut akan semakin bau.
Kebaikan Kentut Busuk
![]() |
Hasil carian Google |
1. Tanda badan korang sihat dan sistem pencernaan korang dalam keadaan yang baik.
2. Kentut busuk juga bermksud diet pemakanan adalah cukup dengan makanan yang menghasilkan hidrogen sulfida yang berat.
3. Menunjukkan terdapat bakteria yang sihat yang memjadikan usus berkerja dan berfungsi dengan betul
Jadi tak perlu risau jika kentut korang berbau busuk ia adalah petanda badan korang sihat. Tetapi tidak bermakna kentut yang tidak berbau itu adalah tidak normal. Kesimpulanya jangan malu untuk kentut, kerana kentut membantu proses pencernaan badan. Cuma dingatkan dan elakkan untuk kentut pada tempat atau situasi yang tidak sesuai, nanti nampak korang ni tak sopan atau kurang adab.
![]() |
Hasil carian Google |
Like & Follow
FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger
FB chantek : idayunim
IG chantek : idayunim
Youtibe chantek : idayunim
21 Comments
Kentut kite bijak sikit. Depan org die tak keluar.. Tapi sensorang atau kat sebelah incik suami, die keluar..hehehe
ReplyDelete..
Aisehhh ayat tu comel pulak. Hehehe....Selagi boleh keluar angin kita keluarkan cuma jangan keluarkan angin kat orang ramai haaa...malu nanti. Hehehe...
ReplyDeletenice sharing pasal kentut . hahahhaha.. tp kalau xkentut nanti banyak penyakit pulakkan .
ReplyDeleteAlammakk!! AM baru je Up status pasal ada yg kentut dlm mrt baru2 nie.. memang lega & bagus bagi yg keluarkan kentut tapi azab bagi yg membaunya tau!! Sesak nafas AM dibuatnya!! Hahaha..
ReplyDeleteCik en selalu kentur busuk.. ahhahaha. Smpai cik abe tegurrr. Ahahah.. tp bl baca ni boleh tunjuk artikel ni kt dia
ReplyDeleteHahhaha bab kentut ni mmg sengal.. liez mmg susah kentut.. klau smp peeut kembung pun mcm susah nak ketut.. sekali tu tgh main dgn anak lelaki, tetiba terkentut.. liez terkejut di lagi la smp gelak terbahak2..
ReplyDeleteHahahaha tak tahu pulak kentut busuk tu satu simbol kebaikan. Selama nie dok menyumpah j kalau bau kentut busuk
ReplyDeleteKalau sendawa macam mana pulak sis, kentut diam diam pun salah satu tanda kurang sensitif pada orang lain. Sedangkan yang diam tu busuk. Hihi
ReplyDeleteHaha segan gila klu tiba2 tak sengaja terkentut dengan bunyi yg kuat depan org. Pastu ada org perasan. Pakej pulak kentut tu bau busuk. Hadoiiii haha.
ReplyDeleteHahhaha ni entry paling kelakar tapi ilmu untuk kesihatan. Kalau kentut kena lari pergi toilet lah kan. Kentut memang bagus untuk kesihatan .
ReplyDeleteAlamak pasal kentut. Hehehe betul tu pernah dengar kalau kentut maknanya badan sihat. Hehe
ReplyDeletehaha.. sebelum ni tak pernah terfikir pulak yang kentuk busuk tu bagus utk kesihatan.. kena banyak makan telur la lepas ni
ReplyDeleteTak sangka ada maksud juga untuk setiap kentut. Boleh tahu juga ye jika ada penyakit ke tidak. Nanti kena lebih alert pada masa hadapan.
ReplyDeleteMujurlah dapat nikmat kentutkan. Arwah abang saya menghidap kanser usus, semasa akhir usianya susah nak buang angin dalam badan. Seksa tengok arwah. perut pun kembung. Betapa besar nikmat sihat ni. Syukur banyak banyak
ReplyDeleteKentut berbau ni memang tidak menyenangkan, terutama bila kita berada di ruangan kecil tertutup seperti lif
ReplyDeleteSelalunya kentut sebab perut masuk angin, makan lambat atau makan banyak sangat karbohidrat. Haha
ReplyDeleteHihihiii.... jadi geli.nih bacanya sist. Tapi harus di percaya bahwa ini memang kenyataannya. Kentut itu membuang penyakit.
ReplyDeleteHaaa....ketut...kak kdg2 sambil Jln pun blh kentut,klu Mkn telur byk org kata ketut Kita bay busuk��
ReplyDeleteada juga dengar khabar berkenaan teori kentut berbau busuk ni baik utk kesihatan. tapi tak berkesempatan nak baca teori betul. btw tq atas perkongsian
ReplyDeleteBetul tu.. Banyak gak baca pasal kentut2 busuk ni.. Kalau ade org ramai tu.. Cepat2 jauhkan sikit baru kentut hihi
ReplyDeletehehehehe...kentut senyap2..hahaa..kentut senyap lagi bau kan..haaha..kalau dh nak terlepas nak buat macam mne..ahhaha...memnag bgus kentut keluar angin ni
ReplyDelete