Siapa yang lahir era 80an?? Dan membesar pada zaman era 90an?? Bermakna korang seangkatan dengan chantek la. Zaman kanak-kanak yang riang ria tanpa gajet dan samartphone dihujung jari. Permainan kanak-kanak zaman kami Panjang Galah, Teng Teng, Congkak, Baling Selipar dan macam-macam lagi la. Bergelumang dengan habuk, lecak, main hujan main panas semua best-best. Sekarang?? Tengoklah anak-anak kita, lebih prefer duduk dalam bilik, pasang aircond main game atau buat tiktok depan handphone. Itu lah yang dinamakan perubahan zaman. Tapi tak bermaknalah yang kanak-kanak zaman 90an ni asyik nak melenting kat padang bola jerk, yang kami ada masa tu hanyalah televison. Handphone memang takdalah, komputer pun belajar dan kenal dekat Sekolah Menengah. Masa tu yang ada cerita-cerita kartun jerk. Seronok dulu layan cerita kartun ni, kalau cerita kartun dari luar chantek suka tengok Cartoon Classic dengan Popeye. Siri animasi di Malaysia juga tak kurang hebatnya, bagi yang lahir dan membesar sezaman dengan chantek pasti tahu siri animasi yang mewujudkan fenomena pada era 90an. Chantek imbau kembali kenangan-kenangan tu. Nanti boleh la korang share dekat anak-anak korang plak.

USOP SONTORIAN



Siri animasi ini disiarkan pada tahun 1996 higga 1998 melalui stesen RTM. Siri animasi ini adalah adaptasi dari Majalah Ujang. Penyiaran siri animasi telah meluas keseluruh dunia dan telah mendapat pengiktirafan "Malaysian Book of Record" sebagai Siri Animasi Pertama Malaysia.


Usop Sontorian dihasilkan sebanyak 3 musim dan 49 episod. Ianya mengisahkan seorang budak lelaki yang bernama Usop. Jalan ceritanya adalah berlatar belakangkan Kampung Parit Sonto, Ayer Hitam, Johor. Usop mempunyai seorang kakak yang suka menyuruhnya ke kedai dan seorang abang yang suka berbasikal. 



Siri animasi ini juga dilengkapi dengan 5 watak kawan sekampung Usop iaitu Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh serta memiliki seekor ayam bernama Selebet.

ANAK-ANAK SIDEK


Diadaptasi dari komikautobigrafik jaguh badmintaon negara. Di ilhamkan dari kisah sebenar dan kehidupan Sidek bersaudara yang menghabiskan zaman kanak-kanak mereka sebelum menjadi Pemain Badminton Negara. Siri animasi ini berlatar belakangkan sebuah kampung di Kanchung Darat, Banting Selangor sekitar 1960an hingga 1970an.



Komik biografi tersebut adalah yang pertama diterbitkan iaitu selama 10 tahun bermula tahun 1995 hingga 2005 iaitu 3 tahun selepas memenangi Piala Thomas



Manakala Siri Animasi Anak-anak Sidek telah disiarkan sebanyak 3 musim dan 39 episod dari tahun 1999 hingga 2003.

KELUANG MAN

Keinginan Kamn Ismail yang menginginkan "Adiwira Kebangsaan" telah mengilhamkan satu lagi siri animasi negara iaitu Keluang Man.


Ianya merupakan siri animasi tempatan pertama yang menggabungkan animasi 2D dengan latar belakang 3DSiri animasi ini disiarkan melalu stesen RTM TV 1 pada tahun 1996 hingga 1998 dengan 30 episod.


Watak disebalik topeng itu adalah seorang lelaki yang pandai bersilat namun menjadi pesakit hospital sakit jiwa di Hospital Bahagia Tampoi. Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman tetapi di dalam versi kemelayuan.  


ANIMASI DI MALAYSIA


Animasi di Malaysia sebenarnya telah bermula pada tahun 1946. Bermakna sebelum merdeka. Filem Animasi Pertama Malaysia adalah Hikayat Sang Kancil yang telah ditayangkan pada tahun 1983



Tapikan adakah generasi baru kini tahu sebelum Upin Ipin, Boboboy dan lain-lainnya, terdapat animasi-animasi yang terdahulu yang juga menarik dan pernah menjadi fenomena di Malaysia.

Penerbitan animasi di Malaysia sebenarnya bukan sekadar cerita kartun semata. Selain memberi hiburan, iainya juga adalah satu medium yang boleh memberi banyak pengajaran, membentuk perpaduan selain melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni. Chantek kongsikan juga, lagu-lagu tema bagi mengimbau kembali zaman kegemilangan animasi era 90an. Nanti tunjuk kat anak-anak korang ye.


Intro Siri Animasi Keluang Man



Episod Pertama Usop Sontorian


Intro Siri Animasi Anak-anak Sidek




Like & Follow

FB page chantek : Ayu Lifestyle Blogger

FB chantek : idayunim

IG chantek : idayunim

Youtube chantek : idayunim