Suka minum kopi?? Tapi pernah tak korang terfikir dari mana asalnya kopi dan bagaimanakah kopi terhasil?? 



Sejarah Kopi

Kopi merupakan minuman utama dunia selepas teh. Kopi sangat diminati kerana keharuman aromanya dan kepahitan rasanya dapat merangsang serta menjadikan badan terasa segar. Pada asalnya, kopi bukanlah sejenis minuman tetapi dijadikan bahan makanan oleh puak-puak Afrika dimana buah kopi boleh memberikan tenaga.  Pertama kali kopi diminum pada abad kesembilan, apabila ianya ditemui di Etiopia kemudian ke Mesir dan Yemen kemudian terus merebak keseluruh dunia sehingga kini.
Hasil carian Google : Pokok Kopi

Mengenali Kopi

Kopi adalah sejenis tanaman yang tergolong dalam keluarga Rubiaceae dan dikatakan berasal dari kawasan Tropika di Benua Afrika. Terdapat tiga jenis kopi yang biasa ditanam iaitu kopi Arabica, Robusta dan Liberica. Kopi jenis Arabica adalah yang pertama diperkenalkan di negara ini dan ia dipercayai dibawa ke Semenanjung pada tahun 1779. Bagaimana pula dengan pokok kopi, mesti ada diantara korang yang tidak mengenali pokok kopi kan?? Atau pendek kata tak pernah pun tengok pokok kopi. Pokok kopi menghasilkan buah kopi yang berwarna merah apabila masak/cukup matang. 


Hasil carian Google : Biji kopi yang matang berwarna merah

Proses Menghasilkan Kopi

Kopi terhasil daripada biji buah kopi yang diproses sehingga menjadi serbuk yang dibancuh untuk dijadikan minuman. Buah kopi yang merah ini di kutip dan dijemur sehingga kering dan bertukar ke warna hitam. Buah kopi yang kering ditumbuk untuk mengeluarkan biji kopi bagi menghasilkan serbuk kopi. Baru-baru ini cgantek berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana serbuk kopi dihasilkan. Mak mertua chantek menghasilkan serbuk kopi sendiri tau,  malah kopi kampung sangat terkenal di kalangan penduduk Kampung Batu Besar,  Sik,  Kedah ni.  Boleh dikatakan penduduk kampung disini tidak meminum serbuk kopi yang dijual di kedai-kedai. 
Biji kopi yang telah dijemu

Biji kopi digoreng diatas dapur kayu

Biji kopi yang telah masak digoreng

 Setelah biji kopi telah masak, biji kopi tersebut disejukkan di atas dulang.  Seterusnya adalah proses memasak gula. 

Proses memasak gula





Biji kopi dan gula yang telah dimasak digaul sebati


Biji kopi yang telah sebati di angkat dan disejukkan di atas dulang


Biji kopi yang telah sejuk dan sedia untuk diproses menjadi serbuk kopi







Biji kopi yang telah diproses menjadi serbuk kopi, telah sedia untuk dijadikan minuman.  Rasa kopi kampung adalah lebih sedap dan aromanya lebih harum daripada kopi instant.  Sape-sape yang rasa kopi buatan mak mertua chnatek ni mesti terpikat dan nak lagi,  nak lagi,  nak lagi. Chantek sendiri pun kadang-kadang rindu nak minum kopi kampung ni. 

Like & follow


Fb page chantek : Ayu Lifestyle Blogger


Fb Chantek : Idayunim


IG Chantek : Idayunim

Youtube chantek : Idayunim



Tahukah Anda?? Pada tahun 1675, Raja England menitahkan semua premis kopi ditutup dan diharamkan kerana baginda mempercayai bahawa kedai kopi adalah sarang konspirasi terhadap pemerintahnnya.