Masa mandi seringkali dianggap sebagai rutin biasa dan bukannya saat untuk membelai dan memanjakan diri dari tekanan seharian. Dengan rangkaian SAFI SHOWER, saat mandi anda kini lebih bermakna! Selain kekalutan dan tekanan bekerja, jangan biarkan
kulit anda terdedah dengan kotoran dan habuk akibat pencemaran! Keadaan cuaca
yang tidak menentu, udara yang kering akibat penghawa dingin, kualiti tidur
yang merosot serta tabiat pemakanan yang tidak sihat sering menjadi foktor
kulit rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia.
Selangkah ke dalam bilik mandi bagaikan mencecah kaki ke pasir pantai sambil ditemani hembusan angin yang mententeramkan. Bagaimana kita memanjakan diri adalah cerminan terhadap cara
kita memberi layanan terhadap orang sekeliling- keluarga, ibu bapa, mahupun
rakan sekerja. Semakin tinggi kasih sayang kita terhadap diri, semakin
tinggilah juga kasih yang di sebarkan sepanjang hari. Segalanya bermula dari
dalam diri.
Setiap buih yang terhasil membawa bersama haruman yang menenang serta menyegarkan, sambil membelai kulit agar lembut, licin dan lembap. Nuansa SAFI SHOWER hadir dengan keunikan tersendiri. Adunan segar kelazatan mocktail yang hadir dalam botol dengan rona tropika- kuning, jingga, merah jambu dan hijau sangat menarik perhatian dan menceriakan suasana.
Umpama menikmati ketenangan biasan jingga saat terbenamnya matahari di ufuk barat, rangkaian SAFI SHOWER merupakan inspirasi dari keharuman aroma minuman mocktail yang segar dan menenangkan akibat cuaca panas yang mencengkam kulit, digabung dengan manfaat alam semulajadi yang dilengkapi dengan perlindungan antibakteria.
SAFI- rangkaian produk Halal yang sekian lama bertapak di pasaran selama 30
tahun merupakan jenama kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia kini
memperkenalkan SAFI SHOWER. Seiring
dengan namanya, rangkaian ini amat sesuai untuk seisi keluarga! Setiap bilasan
pada kulit amat berkesan dalam menyingkirkan kuman serta memberikan
perlindungan harian kepada seluruh keluarga.
Rangkaian terbaharu ini hadir dalam 4 variasi yang
diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan keluarga anda. Setiap olesan
pada kulit dilengkapi dengan ciri-ciri antibakteria yang membuatkan kulit anda
lebih bersih.
Selain itu, bentuk pam yang ekonomik memberikan anda kawalan menyeluruh ketika menggunakan gel mandian, justeru mengurangkan pembaziran. Sejumlah kecil gel mandian sudah cukup untuk memberikan anda kesegaran dan perlindungan yang diingini untuk seisi keluarga. SAFI SHOWER juga boleh didapati dalam pek isian semula bersaiz 850g.
2 bentuk formulasi, iaitu gel dan krim mandian telah
dihasilkan bagi melengkapi citarasa ramai. Bagi anda yang sukakan tekstur gel,
variasi Serai Lime Splash dan Passion Honey Frost merupakan gel
mandian bebas sabun, tanpa alkohol, bebas paraben dan mempunyai bacaan pH yang
seimbang. Bagi mereka yang gemarkan tekstur krim, Kokonut Shake dan Berry
Smoothie pula diperkaya dengan kelembapan tanpa alkohol dan bebas paraben.
Setiap sentuhan pada kulit mengandungi tekstur yang sangat lembut seperti
menikmati bisikan halus bayu laut semasa bercuti di pulau Hawaii!
Ramuan
terbaik SAFI SHOWER dipilih dengan
teliti agar anda dapat menikmati masa mandi umpama menyedut segelas mocktail
yang penuh kelazatan dengan aroma yang menyegarkan!
Serai Lime Splash:
Untuk ‘layanan’ ala tropika yang sebenar, gabungan ramuan segar- serai dan
limau purut bukan sahaja bertindak sebagai bahan anti-bakteria semula jadi,
tetapi mampu menenang dan melembutkan tekstur kulit. Setiap percikan pada kulit
bagaikan tamparan manja sang ombak yang menyegarkan malah mampu membangkitkan
setiap deria anda!

Passion Honey Frost:
Bagi yang mengimpikan belaian romantis ala bulan madu di pantai, kemanisan
madu yang dipadankan dengan kesegaran passion fruit bukan sahaja menghangatkan
suasana, malah memberikan kulit anda kelembapan berganda apabila dibilas
bersama ketika mandi.


Kokonut Shake:
Berehat dan bermanja tidak lengkap tanpa merasai kesegaran minuman air
kelapa. Diperkaya dengan ramuan detoksifikasi semula jadi, ekstrak kayu manis
dan kelapa bukan sahaja dapat menyegarkan kulit, malah menjadikan permukaan
kulit anda kelihatan lebih muda, lembut dan cerah berseri!
Berry Smoothies:
Buat si pengambara yang ingin berasa seperti berada di tepi kolam renang,
gabungan strawberi, limau dan barli memberikan manfaat pencerahan semulajadi.
Kini, anda boleh keluar bersantai sambil menikmati sinaran matahari dengan
lebih yakin!
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya besar dan
pasaraya hyper. Setiap variasi berharga RM18.90 (1kg) atau 12.90 (850g pek eko
isian semula). Selain itu, bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat, anda
boleh menjimatkan masa melalui penghantaran SAFI Shower terus ke pintu depan
anda dari https://shopee.com.my/! Untuk
maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY, Instagram
SAFI@safimalaysia, laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia dan laman sesawang SAFI di
http://safi.com.my/.
0 Comments