Melangkah masuk ke butik ini, panahan mata chantek tertumpu pada deretan tudung2 yang sangat cantik warnanya. Pada mulanya chantek rasa biasa je apabila mendapat jemputan untuk hari palancaran butik tudung ini. Tapi setelah chantek pergi rapat ke tudung2 itu, wahhh sangat menerujakan. Cantik sangat2 tudung yang ada disini. Cepat2 chantek baca risalah yang diberikan tadi oleh staff butik ini.
"Twiq Label adalah kedai butik fizikal pertama di Bangi Sentral oleh Tracyn. Ianya bermula sebagai sebuah syarikat dalam talian pada bulan Julai 2014 yang mereka khas dan meletakkan ciri2 istimewa pada tudung bawal dan shawl serta barangan perhiasan secara eksklusif, dengan ciri-ciri elemen swarovski iaitu di bawah jenama Twiq Label dan TALE Jewellery"
Syarikat yang bertapak di Kuching ini terkenal dengan hasil dekorasi dan buatan tudung yang berkualiti malah menerima permintaan yang kukuh dan memberangsangkan dari pelanggan di seluruh negara.
Bersempena dengan pelancaran butik pertama ini, Twiq Label juga melancarkan keluaran koleksi terbaru mereka iaitu Matte Silk Satin Shawl. Shawl berkualiti tinggi ini mempunyai material kain yang sangat lembut tetapi bukan mudah pecah apabila mengenakan pin tudung. Selain itu, shawl ini juga dihasilkan menggunakan kain yang tidak panas walaupun digayakan sepanjang hari dan sangat sesuai dengan iklim di Malaysia. Koleksi ni mempunyai banyak pilihan warna yang pastinya dapat memenuhi permintaan setiap peringkat umur si pemakai.
Pelbagai aktiviti diatur pada hari pelancaran itu, antaranya ialah sesi demonstrasi pemakaian shawl oleh Didiyana Ehsan, pereka hijab selebriti. Menganga2 chantek menonton tak menoleh kiri kanan dah hahaha. Sangat2 berterima kasih sebab banyak tips2 yang diberikan.
![]() |
Antara Koleksi Twiq Label |
Bersempena dengan pelancaran butik pertama ini, Twiq Label juga melancarkan keluaran koleksi terbaru mereka iaitu Matte Silk Satin Shawl. Shawl berkualiti tinggi ini mempunyai material kain yang sangat lembut tetapi bukan mudah pecah apabila mengenakan pin tudung. Selain itu, shawl ini juga dihasilkan menggunakan kain yang tidak panas walaupun digayakan sepanjang hari dan sangat sesuai dengan iklim di Malaysia. Koleksi ni mempunyai banyak pilihan warna yang pastinya dapat memenuhi permintaan setiap peringkat umur si pemakai.
![]() |
Koleksi Terbaru : Matte Satin Silk Shawl |
![]() |
Chantek Menggayakan Salah Satu Koleksi Twiq Label |
![]() |
Didiyana Ehsan Membuat Tutorial Tudung Twiq Label |
Selain itu, paling best setiap pengunjung dan rakan media yang hadir diberikan token untuk permainan mesin hadiah...Alhamdulillah chantek menang sehelai shawl dari Twiq label so chantek dapat 2 helai shawl, sehelai lagi adalah buah tangan untuk rakan media yang hadir. Hati gumbira lalalala.
So uolls yang nak rasa macam mane bestnye pakai shawl dari Twiq Label ni jom dapatkan di Bangi Sentral. Mesti terpukau punya.
![]() |
Chantek Bersama Pemilik Butik Twiq Label Serta Hadiah & Buah Tangan |
FB Twiq Label
IG Twiq Label
Lokasi
D-12-Ground Floor
Plaza Paragon Point
Jalan Medan Pusat Bandar 5
Bangi
Waktu Operasi
Isnin - Ahad (0800am - 1000pm)
7 Comments
Wow so nice dekorasi kedai tu nampak kemas dan mewah exclusive bestnya orang perempuang shopping banyak tempat menarik...
ReplyDeletecantik semuanya, termasuk owner page ni
ReplyDeleteUntuk penggemar-penggemar tudung bawal mahupun shawl wajiblah terjah butik ni . Kalau rasa jauh boleh terjah fb page kan .
ReplyDeletewah syoknya dia dapat 2 tudung.. suka dengar nama butiknya the twiq label
ReplyDeletebutik tu tgk pun dah nampak mewah dia. tgk pula tuding2 dia yang ada ciri-ciri elemen swarovski lg lah menampakkan kemewahan dia. harga mesti mahal tu kan sis.
ReplyDeleteBanyak koleksi tudung-tudung cantik di butik ni.. Lovely and nice..
ReplyDeleteNice shawl and the design is good and detail.
ReplyDelete