Menonton wayang ni bukanlah hobi chantek, tapi bila tiba-tiba teringin nak layan wayang, chantek akan cari trailer-trailer filem terkini. Untuk filem tempatan bagi November 2018, rasanya Filem Operasi X adalah yang terbaru. Melihat pada jalan cerita agak menarik minat chantek sebab filem aksi. Barisan pelakon pun ok tapi agak confuse bila ada nama Dato Awie..hmm 'Awie dalam filem aksi' ni buat chantek lagi tak sabar nak pergi tengok filem ni.


Kebetulan Jumaat yang lepas cantik keluar untuk menghadiri 1 event area Cheras. Dah alang-alang chantek ambil cuti pada hari tu, jadi chantek rasa nak keluar habiskan masa dengan kawan-kawan blogger. Memandangkan even habis awal lebih kurang jam 11 pagi, so chantek pun suarakan pada kawan-kawan blogger yang lain untuk menonton filem Operasi X ni. So tempat dituju adalah My Town Mall bersebelahan dengan Ikea Cheras. Tapi yang dapat temankan chantek cuma Sally Samsaiman sorang jerk..'xpe la wakk kita 2 orang pun bleh jadi hal kikiki'


Operasi X adalah sebuah filem aksi, romantik dan komedi dari Malaysia yang diarahkan oleh Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad.


Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Disebabkan kejadian itu ASP Redzuan telah membawa diri dan ingin menarik diri dari perkhidmatan PDRM.

Namun begitu setelah siasatan dibuat, punca sebenar kematian Inspektor Aman adalah disebabkan tembakan hendap kiranya macam serangan hendap atau lebih tepat curi-curi tembak. Berikutan itu, Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman telah memujuk ASPR untuk kembali bertugas dan menjadi ketua di dalam operasi menumpaskan Geng Belut iaitu Operasi X. Semasa dalam operasi ni banyak babak lucu sambil diselitkan dengan adegan romantik ASP Redzuan dan Cikgu Ayu.


Diawal kemunculan Dato Awie, watak yang dibawa adalah agak lucu apatah lagi dengan nama Belut. Dekat situ chantek boleh agak yang cerita ni bukanlah ceria aksi yang serius. Ternyata tanggapan chantek tepat dari mula cerita sampai habis chantek dan sally gelak sakan dalam panggung. Ada yang memberikan komen agak negatif pada jalan cerita filem ini.

Pada pendapat chantek iainya mungkin kerana sebelum memasuki panggung, mereka telah setkan dalam minda bahawa cerita ini adalah cerita aksi yang bunyinya agak serius. Dinasihatkan kepada korang yang nak pergi tengok filem ni kena kosongkan dulu fikiran dan minda baru lah korang boleh ketawa dan menerima cerita ini seadanya. Tak dinafikan memang terdapat kekurangan tentang babak dan jalan cerita tentang filem ini tapi biasalah kesilapan kecil itu biasa sahaja bagi chantek. Janji chantek happy dan tak rasa rugi bayar duit tiket bila dah tengok filem ni.


So, tunggu apa lagi jom ke panggung berdekatan dengan korang dan nikmati filem aksi + komedi + romantik ini dengan minda dan hati yang terbuka bermula 1 November 2018.