Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang
amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin
pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan
wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan
kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya
kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.
Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita
untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh
sebab itu, golongan wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah
risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal
yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang
dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap
produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk ini
bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini
memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak
Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang
rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.
SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang
mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal.
Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan
dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan
Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan
kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan
pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari
keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.
Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin
daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar
kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo
Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat
mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan
wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.
SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu
yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi Habbatus Sauda
dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan
pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga
dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat
bertahan selama 48 jam.
Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam
pelbagai saiz dengan harga mampu milik :
1. Syampu
– 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)
Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana
ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut.
Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan
hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.
Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang
dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia
dapat menjadikan rambut anda lebihmudah untuk djaga/dimanja.
SyampuAnti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complexdimana ia
dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan
basuhan yang pertama.
Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5,protein gandum
yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
Syampu Hitam Menawan - Juga Mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pencuci kilauan yang dapat membuatkan rambut hitam berkilat, sihat, dan mudah terurus.
SyampuItch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat
menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan
membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.
Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat
membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma
secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga
dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.
Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang
membantudalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus
memberikan kelembapan pada rambut.
2. Syampu
pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)
a) SAFI
SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b) SAFI
SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI
SHAYLA SyampuItch-Kontrol
d) SAFI
SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI
SHAYLA Syampu Licin Terurus
3. Syampu
pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)
a) SAFI
SHAYLA SyampuKawalan Rambut Gugur
b) SAFI
SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c) SAFI
SHAYLA SyampuItch-Kontrol
d) SAFI
SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e) SAFI
SHAYLA Syampu Licin Terurus
Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi
antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan
wanita bertudung atau pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah
bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain
drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana
SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil
meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.
Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan
harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di
pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan
lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI,
www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan
Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia
0 Comments