Satu memorandum perjanjian persefahaman (MOU) diantara Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (Richworld Travel) bersama Kazai Inovative Ideas Solution (Kazai Inovative) dan selebriti terkenal, Mohd Sabri Yunus atau lebih dikenali sebagai Sabri Yunus (Pok Ya Cong Codei). Perjanjian tersebut adalah bagi menyediakan perkhidmatan umrah yang dikenali Pakej Umrah Congcodei dan mempromosikan pelancongan halal.
Majlis MoU itu disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Richworld Travel, Datuk Mohd Radzuan Abdullah, wakil Kazai Inovative, Nor Zaizalina Yahya dan Mohd Sabri. Melalui kerjasama itu, Richworld Travel menyasarkan seramai 1,000 jemaah umrah untuk sesi yang pertama yang akan diadakan pada tahun ini dan mengharapkan dapat membawa jemaah Umrah secara menerus dan melibatkan jumlah jemaah yang lebih besar, Insyaallah.
Pakej Umrah Congcodei tersebut akan bermula Oktober ini dan menawarkan harga yang berpatutan dan dijamin mampu milik iaitu bermula serendah RM5,450 untuk tempoh 12 hari dan 10 malam. Pakej yang ditawarkan bukan hanya untuk mengerjakan Ibadah Umrah semata-mata tetapi diberi pengisian aktiviti yang menarik dan memberi manfaat bagi para jemaah. Selain penginapan di Concorde Madinah, pelanggan pakej juga dapat mengerjakan umrah bersama Pok Ya Congcodei, menyertai majlis khatam al Quran di Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Makkah serta majlis tahlil. Bagi setiap pakej umrah didatangkan dengan beg cantik menarik dengan 3 saiz berbeza. Beg-beg bagasi berwarna pink ini sangat sesuai untuk dibawa semasa menjalani Ibadah Umrah.
Pemilihan Sabri Yunus sebagai duta adalah sangat tepat kerana Sabri melalui watak Pokya Cong Codei mencetuskan fenomena luar biasa sejak ditayangkan di stesen televisyen swasta, baru-baru ini. Banyak pihak cuba untuk bersama Sabri Yunus tetapi memilih Richworld Travel & Tours Sdn Bhd (Richworld Travel) bersama Kazai Inovative Ideas Solution (Kazai Inovative) untuk berkolaberasi selain mempromosikan Pokya Cong Codei. Manakala kolaborasi bersama Kazai Innovative adalah bertujuan mempromosikan Halal Travel di Malaysia dengan menumpukan kepada pelancongan Islam, lawatan ke industri halal dan latihan berkaitan halal di Malaysia.
Jom jadi 1000 Jemaah Terawal Pakej Umrah Cong Codei bersama Pok Ya, jadikan mimipi kepada realiti, beribadah dengan pakej umrah yang murah dan dijamin produk HALAL. Insya Allah.

0 Comments